Sempena kedatangan Ramadan, K-Town Korean BBQ (K-Town) meraikan warga gelandangan (homeless) apabila menjadikan mereka pelanggan terawal untuk menikmati hidangan “All-You-Can-Eat”.
Usaha yang dilakukan restoran K-Town ini untuk memberikan pengalaman baharu kepada penghuni Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur (PTGKL), untuk merasai keunikan makanan Korea yang cukup trending ketika ini dimana ia menjadi signature menu di restoran K-Town.
Lari dari kebiasaan, ramai yang memberi sedekah makanan pada gelandangan hanya sekadar kemudahan tanpa memikirkan apa yang mereka inginkan. Pengasasnya, Andy Goh, berkata, ramai yang berkeinginan untuk mencuba makanan Korea namun kerana harganya yang sedikit mahal, membataskan selera mereka.
“Sejujurnya ini bukan program tanggungjawab sosial korporat yang pertama dianjurkan kami. Kami pernah melibatkan pelajar tahfiz sewaktu pembukaan K-Town dimana ketika itu Zizan Razak masih bersama kami. Bagaimanapun membabitkan warga homeless atau gelandangan ini adalah yang pertama.
“Sempena Ramadan, K-Town memperkenalkan hidangan “All-You-Can-Eat” yang menyediakan 50 variasi menu termasuk 12 jenis minuman dengan harga berpatutan iaitu RM79.00++ pada hari biasa dan RM89.00++ untuk hujung minggu. Sementara kanak-kanak dan warga emas, mereka boleh menikmatinya serendah RM39.00++
“Selain hidangan super lazat dan berkualiti, pelanggan akan diberikan layanan VIP, dimana petugas kami akan melayani mereka sepanjang menjamu selera.
IKLAN
Momen manis sambil menikmati
Tempat yang serba selesa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, pengunjung beragama Islam tak perlu risau tempat beribadat ada disediakan. Mudah bukan! Mengabadikan momen bersama keluarga dan rakan-rakan, K-town terbukti menjaminkan pengalaman yang pasti ingin diulangi bersama.
“Matlamat K-Town, bukan sahaja mahu pelanggan merasai kelazatan makanan authentic Korea, malah mencipta momen manis buat mereka yang menjejakkan kaki ke premis kami,” kata anak jati kelahiran Kuala Lumpur yang berusia 34 tahun ini.
Program yang diadakan di K-Town cawangan G-Village, Desa Pandan itu, membabitkan seramai 30 residen PTGKL dan mereka hadir ke premis berkenaan menaiki pengangkutan bas yang disediakan penganjur.
Ujar Andy Goh lagi, hidangan “All-You-Can-Eat” ini tidak hanya terhad di bulan Ramadan sahaja, sebaliknya boleh dinikmati pada bila-bila masa.
Merupakan graduan kulinari dari Taylor’s College, bekas pramugara Sistem Penerbangan Singapura ini, menceburi bidang F&B (food and beverage) pada 2014, dimana restoran pertama yang dibukanya adalah Shell Out.
Selepas menjual restoran itu, Andy mengambil langkah berani menerokai peluang baru bersama rakan niaga ketika gelombang ke-2 pandemik Covid-19. Pada mulanya Andy bersama rakan-rakan memfokuskan perniagaan atas talian dengan membekalkan daging premium seperti wagyu, memandangkan terikat dengan penjarakan sosial.
“Kemudian kami mengembangkan idea dengan membuka restoran makanan Korea (K-Town), kerana mendapati ramai yang menggemarinya. Tambahan pula fenomena yang dicetuskan bintang K-Pop dan K-Drama.
“Melihat ia sebagai satu peluang melebarkan pasaran dalam kalangan pelanggan Melayu, kami mahu K-Town dikenali sebagai restoran Korean berstatus halal. Dimana bekalan yang diambil adalah dari pembekal Melayu.
“Ramai yang tidak tahu, K-Town adalah sebuah syarikat berstatus pemilikan Bumiputera,” katanya.
IKLAN
Dalam tempoh setahun beroperasi, K-Town sudah pun mempunyai tiga cawangan. Selain G- Village Desa Pandan, pelanggan juga boleh mengunjungi ke outlet Bukit Jelutong Shah Alam dan Holiday Villa, Johor Bahru.
Peluang perkerjaan untuk ‘homeless’
Punya perancangan untuk menembusi pasaran Indonesia, Andy Goh berharap dapat membuka lebih banyak cawangan agar dapat mencipta peluang pekerjaan khususnya bagi mereka yang kehilangan kerja gara-gara pandemik Covid-19.
“Malaysia masih dalam fasa pemulihan ekonomi. Kami sangat yakin jika banyak cawangan dibuka, pelbagai peluang pekerjaan dapat dicipta. Secara tidak langsung menjadi solusi kepada kadar pengangguran yang tinggi.
“Komuniti gelandangan misalnya mampu mengubah nasib mereka ke arah kehidupan yang lebih baik.
“Bukan setakat pekerjaan, mereka yang menyertai kami berupaya membina perniagaan sendiri. Dimana kami menawarkan syer kepada pekerja setia kami yang berhasrat memiliki cawangan K-Town sendiri,” katanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/wjCfPZ3nhr4
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Dalam era media sosial yang semakin berkembang kini, semakin ramai netizen yang mempamerkan kehebatan masakan mereka. Sekarang ini kalau nak dapatkan resipi atau belajar memasak, boleh akses sahaja dengan mudah melalui Internet. Banyak juga influencer atau instafamous yang sering berkongsi video masakan seperti Khairul Aming, Dapoq_pdot, Che Nom, Azie Kitchen dan banyak lagi.
Namun, untuk memasak menu mudah seperti ayam goreng, tauhu, tempe, hinggalah pelbagai hidangan ikan, anda tidak perlu pun kemahiran hebat seperti chef restoran lima bintang. Tetapi jika anda ingin menggoreng ikan, anda kena lakukan dengan berhati-hati.
“Alamak, ikan goreng asyik melekat saja kat kuali! Ada ke cara goreng ikan yang selamat dan tak akan buatkan minyak terpercik ke muka?!”
Ha… Apabila menggoreng ikan, minyak biasanya meletup dan percikan minyak boleh ‘terbang’ keluar dari kuali dan mengenai tangan anda atau bahagian lain. Memang boleh spoil mood terus. Jangan ambil mudah ya, sebab minyak panas ini boleh merosakkan kulit hingga melepuh.
Jadi, untuk mengurangkan letupan minyak semasa menggoreng ikan, terdapat beberapa petua yang boleh anda ikuti. Terutamanya untuk gadis atau anak dara di luar sana yang baru nak belajar memasak, petua ini pasti membantu anda!
Sebelum menggoreng, pastikan kuali anda bersih dan kering. Kuali yang bersih dan kering akan mengurangkan risiko percikan minyak dan ikan melekat semasa menggoreng. Sebelum menggunakannya untuk menggoreng ikan, pastikan kuali telah dibersihkan dan tiada makanan lain yang melekat pada kuali. Anda boleh gunakan besi penggosok yang berkualiti dan sental setiap sudut periuk supaya tidak ada bekas gorengan semalam yang masih melekat.
2. Letakkan minyak dengan banyak
Seterusnya, anda tidak boleh kedekut ketika menuang minyak. Jika anda ingin menggoreng ikan, pastikan anda menggunakan minyak secukupnya untuk menutupi sekurang-kurangnya separuh daripada badan ikan bagi mengelakkan kulit ikan melekat pada kuali.
3. Goreng saat minyak telah panas
Selain itu, anda perlu pastikan minyak panas sebelum masukkan ikan goreng. Tetapi awas, jangan terlalu panas pula ya! Minyak panas membantu memasak ikan dengan cepat dan mengelakkan risiko minyak tertumpah.
Untuk tahu minyak tersebut cukup panas ataupun tidak, anda boleh juga gunakan petua orang lama iaitu baling beberapa biji beras atau gorengkan 1-2 keping keropok. Jika ia mengembang dengan pantas, maksudnya minyak telah sedia untuk digunakan!
4. Gunakan salutan yang betul
Sebelum menggoreng ikan, terdapat beberapa jenis salutan yang boleh mengurangkan kemungkinan kulit ikan dari melekat pada permukaan kuali.
Salutan pertama ialah menggunakan tepung beras. Anda boleh masukkan tepung beras bersama garam dan kunyit sebelum digoreng. Tip ni boleh buat ikan goreng lebih rangup dan mudah diangkat. Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan kulit bawang. Masukkan kulit bawang ke dalam kuali dan tumis ikan hingga naik bau. Kaedah ini juga sesuai digunakan untuk menggoreng ayam, sotong atau udang.
5.Tambahkan asam keping
Jika ikan masih melekat, anda boleh cuba masukkan beberapa keping asam ke dalam kuali. Ha… mesti anda pelik dan mungkin ada yang pertama kali dengar kan? Untuk pengetahuan anda, asam keping dapat mengurangkan risiko ikan meletup semasa menggoreng! Selain itu, asam jawa pula boleh digunakan sebagai bahan perapan ikan. Sama seperti asam keping, ia dapat mengurangkan bau hanyir ikan. Malah, kuah asam jawa boleh menjadikan ikan lebih pejal. Jadi ikan tak meletup bila digoreng nanti!
Diam tak diam sudah hampir 40 hari pengasas komsetik Dnars Skincare Allahyarham Hajah Faziani Robhani bertemu Maha PenciptaNya. Dan tiga hari lepas telah diadakan majlis tahlil untuk mengingati pemergian Allahyarhamah.
Dalam status dimuat naik anak perempuannya, Irdiena Hakim, 16 tahun turut memberitahu amalan yang tidak akan dilupakan oleh arwah ibunya itu.
Antaranya adalah bersedekah dan memberi makan walaupun kepada musuh. Jika melihat instagram anak perempuan Allahyarham bagaikan dalam melihat semangat juang dalam dirinya.
Malah dalam satu posting dimuat turut juga dia memberitahu bahawa kesedihan itu bukan penamat segalanya, tetapi permulaan kepada sebuah kebangkitan.
dnarfaziani kesedihan bukanlah penamat buat segalanya ,namun ia adalah sebuah permulaan bgi sebuah ‘KEBANGKITAN
Biarpun kehilangan insan paling disayangi, tetapi gadis muda ini kelihatan sudah bersedia untuk memikul tanggung jawab meneruskan legasi perniagaan keluarga yang telah dimulakan oleh ibunya ini.
Sekali imbas seperti melihat diri Allahyarhamah Faziani, malah wajah kedua-duanya juga juga hampir sama.
Seperti kebanyakan hijabi lain, dia yang baru berusia 16 tahun uga bijak bergaya dengan #OOTD yang digemarinya. Memang saling tak tumpah seperti ibunya sendiri.
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan tentang adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, 4, pasti tahu bagaimana ‘perjalanan’ si comel ini. Pernah menghidap ketumbuhan dalam mulut empat tahun lalu, hari demi hari Ainul semakin pulih dan tentunya ramai yang berkongsi kegembiraan itu.
Namun secara tiba-tiba hari ini kita dikejutkan dengan situasi genting yang sedang dialami oleh adik Ainul Mardhiah yang kini ditempatkan di wad kecemasan di sebuah hospital.
Pada awalnya ibu adik Ainul, Nurul Erwani Zaidi, berkongsi keadaan adik Ainul yang dikejarkan ke hospital akibat jangkitan kuman melalui Instagramnya.
Masa ni naik Ambulans ke Emergency. Ingat ya semua. Sekarang ni virus dah dekat mana-mana. Walaupun Ainul duduk rumah je, jaga kebersihan pun kalau nak jadi memang akan jadi. Virus ni jahat betul kacau anak mama sampai jadi macam ni. Ainul tidur dulu ya sayang, nanti Ainul dah bangun kita main sama-sama lagi.
Dalam pada itu, Doktor Amalina Bakri yang merupakan doktor yang membantu Ainul mendapatkan rawatan di United Kingdom (UK) empat tahun yang lalu turut terkejut dengan berita tentang adik Ainul.
Baru sahaja mendapat khabar berita drp ibu Ainul. Ya Allah, marilah kita sama-sama doakan untuk Adik Ainul. Semoga cepat sembuh 🙏🏽
Ainul sayang, you have done it many times before, you can do it again! Keep fighting sayang! InsyAllah.
Meski sudah lama meninggalkan industri hiburan tanah air, kebelakangan ini nama aktres jelita Wardina Saffiyah kembali meniti di bibir para peminat kerana kelantangan beliau menyuarakan serta membela nasib saudara se-Islam yang sedang di tindas di Palestin.